Arkib

TRIVIA ISLAMIK 8

  1. Siapakah ibu susuan Rasulullah SAW?
  2. Namakan saudara susuan Rasulullah SAW.
  3. Ayahanda Rasulullah SAW pernah hampir disembelih oleh Abdul Mutalib disebabkan Abdul Mutalib bernazar demikian. Bagaimanakah nazar tersebut berjaya ditebus dan Abdullah tidak jadi disembelih?
  4. Siapakah nama anak Nabi Nuh a.s. yang tidak mengikut ayahandanya menaiki bahtera bagi menyelamatkan diri daripada banjir besar
  5. Apakah 2 anggota badan yang menyebabkan manusia masuk neraka?
  6. Apakah nama-nama surah yang dinamakan dengan nama serangga?
  7. Siapakah sahabat Nabi yang teramat mustajab doanya?
  8. Nyatakan hari diciptakan malaikat, jin dan manusia.
  9. Nama-nama ini merujuk kepada………….. :
    • Naim
    • Ubay
    • Al-Nizar
    • Al-Sa’b bin Muaz
    • Qal’ah al-Zubair

JAWAPAN

  1. Thuwaibah dan Halimah al-Sa’adiah
  2. Thuwaibah : Hamzah bin Abdul Mutalib dan Syaima’, Halimah al-Sa’adiah : al-Syaima’, Abdullah dan Anisah (Anak-anak al-Harith, bapa saudara Nabi)
  3. Nazar tersebut ditebus dengan menyembelih 100 ekor unta.
  4. Yam
  5. Mulut dan anggota sulit (Riwayat al-Tirmizi. Hadis hasan sahih)
  6. Al-Ankabut (labah-labah), al-Naml (semut), dan al-Nahl (lebah)
  7. Saad bin Abi Waqqas
  8. Malaikat : hari Rabu, Jin : hari Khamis, Manusia : hari Jumaat
  9. Nama benteng-benteng milik Yahudi di Khaybar yang kemudian berjaya ditakhluk oleh tentera Islam dalam peperangan Khaybar.

 

TRIVIA ISLAMIK 7

  1. Berapa kali bulan diriwayatkan terbelah pada zaman Rasulullah SAW?
  2. Apakah persamaan yang mengaitkan 4 orang sahabat ini?
    • Ubay bin Ka’ab
    • Mu’az bin Jabal
    • Zaid bin Thabit
    • Abu Zaid
  3. Bilakah 5 solat fardhu diwajibkan ke atas Muslimin?
  4. Siapakah antara Ummul Mukminin yang mempunyai ilmu perubatan?
  5. Siapakah pemimpin pasukan Quraisy dalam perang Uhud?
  6. Namakan nabi yang paling singkat usianya di bumi.
  7. Senaraikan makanan ahli neraka sebagaimana yang dicatatkan dalam al-Quran.
  8. Senaraikan minuman ahli neraka sebagaimana yang dicatatkan dalam al-Quran.
  9. Senaraikan 5 orang soleh yang hidup pada zaman Nabi Nuh a.s. yang mana selepas kematian mereka, para pengikut mereka membina patung mewakili nama-nama mereka bagi memberi semangat kepada orang ramai untuk beramal soleh, namun generasi yang terkemudian menyembah patung-patung itu.

JAWAPAN

  1. Dua kali – dalam kisah Abu Qubais dan al-Suwaida’.
  2. Penulis wahyu yang terkemuka pada zaman Rasulullah SAW.
  3. 10 tahun selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW.
  4. Sayidatina Aisyah r.ha.
  5. Abu Sufyan.
  6. Nabi Isa a.s. (berusia 33 tahun ketika diangkat ke langit)
  7. Pohon yang berduri (Surah al-Ghasyiah 88:5-7), Darah dan nanah (Surah al-Haqqah 69:36-37)
  8. Air yang mendidih (Surah Muhammad 47:15), air yang sangat panas dan sangat dingin (Surah Shad 38:57), air seperti besi yang mendidih (Surah al-Kahfi 18:29)
  9. Wadd, Suwa’, Taghuth dan Nasr.

 

TRIVIA ISLAMIK 6

  1. Bilakah disyariatkan solat sunat Hari Raya?
  2. Jika malam yang mulia ialah malam lailatulqadar, apakah siang yang paling mulia?
  3. Apakah bukti yang menunjukkan terdapat solat lima waktu sehari semalam dalam al-Quran?
  4. Siapakah sahabat yang dikenali sebagai ‘Ghasil al-Malaikah’ yang bermaksud ‘dimandikan oleh para malaikat’ ?
  5. Siapakah sahabat wanita yang syahid di laut?
  6. Apakah surah-surah yang disebut dengan nama sifat-sifat al-Quran?
  7. Berapakah jumlah lapisan langit?
  8. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Muttafaq ‘alaih’ ?
  9. Apakah 3 perkara yang dinasihatkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah supaya diamalkan dan tidak meninggalkannya?
  10. Siapakah sahabat yang mencadangkan menggunakan taktik menggali parit semasa perang Khandak?

JAWAPAN

  1. Tahun pertama Hijrah.
  2. Hari wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah.
  3. Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh. Dan bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan pada waktu kamu berada pada waktu zuhur.” (Surah al-Rum, ayat 17-18)
    • Petang (tumsun) = maghrib dan isyak
    • Subuh (tusbihun)
    • Petang (‘asyiyyan) = asar
    • Zuhur (hina tuzhirun)
  4. Hanzalah bin Abi ‘Amir – syahid dalam perang Uhud
  5. Ummu Haram binti Milhan
  6. Surah al-Furqan dan surah Fussilat
  7. Tujuh lapis. “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis…” (Surah al-Mulk 67:3)
  8. Maksudnya, ‘disepakati atasnya’ iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari sumber sahabat yang sama, dikenali sebagai hadis al-Bukhari dan Muslim.
  9. Tiga perkara yang diwasiatkan oleh Nabi SAW kepada Abu Hurairah :
    • Tidak tidur melainkan selepas mengerjakan solat sunat witir
    • Tidak meninggalkan 2 rakaat solat sunat Duha
    • Berpuasa 3 hari setiap bulan

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  1. Salman al-Farisi

 

TRIVIA ISLAMIK 5

  1. Siapakah penghulu para syuhada pada hari kiamat kelak?
  2. Siapakah khalifah yang melakukan pembaharuan seperti di bawah semasa memimpin negara Islam Madinah?
    • Memulakan takwim Hijrah
    • Menghukum peminum arak dengan 90 kali sebatan
    • Mengumpulkan manusia untuk solat tarawikh berjemaah
  3. Siapakah isteri Rasulullah SAW yang terakhir?
  4. Apakah pagar syurga dan pagar neraka sebagaimana yang tercatat dalam hadis kudsi?
  5. Bilakah matahari pernah tidak terbenam demi seorang nabi?
  6. Apakah punca segala penyakit mengikut hadis Rasulullah SAW?
  7. Apakah 3 perkara yang sangat disukai oleh Rasulullah SAW di dunia?
  8. Namakan negara-negara (majoriti Muslim) yang mana terdapat simbol bulan dan bintang pada bendera negara mereka.
  9. Siapakah penghulu pemuda syurga?
  10. Apakah surah yang disebut dengan nama hari kiamat?

JAWAPAN

  1. Hamzah bin Abdul Mutalib. Sabda Rasulullah SAW, “penghulu para syuhada di sisi Allah pada hari kiamat ialah Hamzah.” (Riwayat al-Hakim)
  2. Sayidina Umar bin al-Khattab r.a.
  3. Maimunah r.ha.
  4. Pagar syurga ialah sesuatu yang tidak disukai oleh nafsu manakala pagar neraka ialah sesuatu yang disukai oleh nafsu.
  5. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan tidak terbenam hanya kerana seorang manusia kecuali untuk Yusya’ iaitu pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis (untuk jihad).” (Riwayat Ahmad)
  6. Makan berlebihan. “Sumber segala penyakit ada kaitannya dengan perut yang kekenyangan.” (Riwayat al-Daruqutni)
  7. Sabda Baginda, “perkara dunia yang aku sukai ialah wanita, wangian dan dijadikan solat sebagai buah hatiku.” (Riwayat al-Bukhari)
  8. Algeria, Tunisia, Azerbaijan, Pakistan, Mauritania, Turki, Turkmenistan, Western Sahara, Malaysia
  9. Al-Hassan dan al-Hussain – cucu Rasulullah SAW. Daripada Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “al-Hassan dan al-Hussain ialah penghulu pemuda dalam kalangan ahli syurga.” (Riwayat Ahmad)
  10. Al-Dukhan, al-Waqi’ah, al-Hashr, al-Taghabun, al-Naba’, al-Takwir, al-Infitar, al-Insyiqaq, al-Ghasyiah, al-Zalzalah dan al-Qariah.

 

TRIVIA ISLAMIK 4

  1. Siapakah satu-satunya Musyrikin yang terbunuh di tangan Rasulullah SAW semasa perang?
  2. Apakah nama galian yang disebut dalam al-Quran?
  3. Siapakah adik-beradik seibu sebapa kepada Nabi Yusuf a.s.?
  4. Berpandukan al-Quran, namakan seorang lelaki beriman yang memiliki anak yang tidak beriman.
  5. Apakah nama sebenar Abu Jahal?
  6. Apakah kaitan antara kejadian-kejadian di bawah?
    • Zina bermaharajalela
    • Pemimpin terdiri daripada orang yang fasiq dan jahil
    • Ramai orang soleh meninggal dunia
    • Muhammad diutuskan sebagai Rasul
  7. Apakah jenis celak yang digunakan oleh Rasulullah SAW?
  8. Jika manusia tawaf di Kaabah, di mana pula malaikat tawaf?
  9. Siapakah yang dikenali dengan gelaran ‘Pemilik Dua Tali Pinggang’?
  10. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya” (Surah al-Hijr 15:87)

Apakah yang dimaksudkan dengan kalimah berhuruf tebal?

JAWAPAN

  1. Ubai bin Kalaf
  2. Emas, perak (Surah Ali ‘Imran 3:14, al-Tawbah 9:34), besi (Surah al-Hadid 57:25) dan tembaga (Surah al-Rahman 55:35)
  3. Bunyamin
  4. Nuh a.s.
  5. Amru bin Hisyam
  6. Tanda-tanda kiamat kecil
  7. Al-Ithmid. Ibn Abbas r.a. meriwayatkan : “Sebelum tidur, Rasulullah SAW (suka) memakai celak dengan menggunakan batu celak (al-ithmid), sebanyak 3 kali di setiap mata Baginda.” (Riwayat al-Tirmizi)
  8. Baitul Ma’mur
  9. Asma’ binti Abu Bakar
  10. Surah al-Fatihah (turut dikenali al-Sab’ al-Mathani)

 

TRIVIA ISLAMIK 3

  1. Siapakah sahabat Nabi SAW yang pertama solat sebelum dibunuh (oleh musuh Islam)?

  2. Siapakah isteri Rasulullah SAW yang menerima salam daripada malaikat Jibril, selain daripada Siti Khadijah?

  3. Mengapakah doa ketika ayam berkokok makbul?

  4. Allah berfirman yang bermaksud, “iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah 1:7). Siapakah yang dimaksudkan dalam ayat yang berhuruf tebal?

  5. Bulan-bulan yang diharamkan berperang.

  6. Apakah persamaan antara keempat-empat nabi di bawah

    • Ibrahim a.s.

    • Ismail a.s.

    • Sulaiman a.s.

    • Muhammad SAW

  7. Siapakah wanita pertama yang dipotong tangan akibat mencuri pada zaman Rasulullah SAW?

  8. Namakan surah yang merupakan nama bukit.

  9. Apakah kaitan antara empat anggota ini

    • Dahi

    • Tapak tangan

    • Lutut

    • Perut jari kaki

  10. Berapakah jumlah Rasul yang disebut dalam al-Quran?

JAWAPAN

  1. Khuib r.a.
  2. Aisyah binti Abu Bakar r.ha.
  3. Kerana saat itu ayam melihat malaikat. Sabda Rasulullah SAW, “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, hendaklah kamu memohon pada Allah sebab ayam tersebut melihat malaikat. Apabila kamu mendengar suara keldai, hendaklah kamu memohon perlindungan daripada Allah kerana keldai tersebut melihat syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  4. Orang Nasrani.
  5. Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijah.
  6. Mereka membina tiga masjid suci umat Islam :
    • Kaabah – Nabi Ibrahim a.s. & Nabi Ismail a.s.
    • Masjid al-Aqsa – Nabi Sulaiman a.s.
    • Masjid al-Nabawi – Nabi Muhammad SAW
  7. Murrah bin Sufyan daripada Bani Makhzum.
  8. Surah al-Tur – merujuk Bukit Tursina yang terletak di Semenanjung Sinai, tempat Nabi Musa menerima wahyu daripada Allah.
  9. Tujuh anggota sujud.
  10. 25 orang.

 

TRIVIA ISLAMIK 2

1)    Baiah ialah perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa. Siapakah wanita pertama yang membaiah Rasulullah SAW?

2)    Siapakah pengembara Muslim yang terkemuka?

3)    Apakah perang pertama yang tercetus antara orang Muslim dan kafir Quraisy?

4)    Ke negeri manakah Rasulullah SAW keluar berdagang buat pertama kali bersama bapa saudara Baginda?

5)    Satu-satunya lelaki yang terbunuh di tangan Rasulullah SAW.

6)    Namakan sahabat yang kehebatannya mampu menggegarkan Arasy Allah.

7)    (Al-Tahirah   Al-Zahra) Siapakah pemilik gelaran ini?

8)    (Merah    –         Putih    –        Hitam) Apakah yang digambarkan oleh 3 keadaan warna ini?

9)    (1/70) Apakah yang digambarkan oleh pecahan ini?

10) Makhluk yang paling berat seksaannya di neraka.

JAWAPAN

1)    Fatimah binti Asad

2)    Ibn Battuta

3)    Perang Badar

4)    Syria (dahulu Syam)

5)    Ubai bin Khalaf. Baginda membunuhnya untuk mempertahankan diri. Ubai bin Khalaf pernah berkata kepada Rasulullah SAW dengan mengancam, “Saya memelihara seekor kuda yang diberi makan bijirin yang cukup. Saya akan membunuh kamu dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti.” Baginda menjawab yang bermaksud, “ Insya-Allah, saya yang akan membunuh kamu.” Ubai terbunuh dalam perang Uhud walau hanya terluka sedikit sahaja akibat terkena lembing Baginda SAW.

6)    Sa’ad bin Mu’az seorang pembesar yang menyebabkan sebahagian besar penduduk Yathrib (Madinah) memeluk Islam.

7)    Sayidatina Fatimah binti Muhammad r.ha.

8)    Perubahan api neraka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Api neraka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga berwarna merah. Kemudian dinyalakan lagi 1000 tahun sehingga berwarna putih. Dan dinyalakan 1000 tahun berikutnya sehingga berwarna hitam.” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

9)    Tahap kepanasan api dunia berbanding api neraka. Sabda Nabi SAW bermaksud, “ sesungguhnya api yang kita saksikan di dunia ini adalah satu bahagian daripada 70 bahagian daripada api neraka jahanam.” Para sahabat berkata, “wahai Rasulullah, api dunia pun sudah cukup (panas).” Baginda bersabda lagi, “api neraka melebihinya dengan 69 kali ganda.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10) Iblis. Makhluk pertama yang ingkar terhadap Allah.